Monday, July 25, 2011

Menghitung Hari.....

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam seentero dunia akan menyambut bulan yag paling dinanti-natikan..bulan Ramadhan Al-Mabarak...!!!

Seronoknya bila difikirkan bulan puasa semakin hampir...bagi kaun hawa sekalian, PUASA tahun lepas sudah habis diganti belum?? haa, cepat-cepat..! masih sempat lagi nak ganti..insya-Allah..~ Menginatkan diri sendiri jua..~

Bagi seluruh umat Islam, bulan Ramdhan merupakan bulan dimana nafsu ditahan bagi mengelak daripada terbatalnya puasa..ha, itu yang saya suka..hehehehe..insya-Allah dengan itu mampulah diri ini bertahan dari mengumpat.~ sapa je yang tak pernah mengumpat..~, melakukan aktiviti sia-sia, mencemuh orang lain dan yang paling utama, mampu mengawal dari makan dan minum secara berlebihan...no secret recipe..no hot and roll ~ emm, sedapnya..~, no nandos, no kenny roger..!! NO..!

Memandangkan hampir sepenuh hari kita berpuasa, ada dikalangan golongan hawa yang mengambil kesempatan ini untuk menguruskan badan..~ termasuk saya..;) ~ tapi haruslah diingatkan kepada golongan hawa ini supaya menetapkan niat yang sebetulnya dan bukanlah hanya kerana ingin menguruskan badan semata..~ insya-Allah, saya ingat..~ Apabila laungan azan Mahgrib di senja hari, jangan pula melahap segala hidangan di atas meja sebaliknaya mulakanlah hidangan dengan kurma sepertimana sunah Nabi...

Tetapi....
ada juga perkara yang memelikkan saya..
Ada golongan yang liat untuk berpuasa malah sangat berbangga kerana tidak berpuasa..
Masya-Allah...
apalah masalah golongan nie??
ada juga dilkalangan kawan-kawan saya yang begitu.
dan saya yakin diantara kawan-kawan kamu pon ada,
apa tindakan kita?
apa yang perlu dan seharusnya kita lakukan sebagai seorang umat Islam?
Ya. TEGURlah kawan-kawan kita yang tidak berpuasa itu..
TEGURlah dengan lembut atau dengan cara yang difikirkan mampu diterima secara baik oleh kawan-kawan kita yang liat nak berpuasa tue..
bukan mereka tak cukup agaran agama, mereka tau apa itu bulan Ramadhan, mereka sedar solat ada 5 waktu, mereka kenal siapa tuhan mereka, mereka tau nama kitab mereka..
CUMA..
mereka lupa, mereka lalai...mereka seronok mengikut arus dunia yang mengasyikkan..
bagi kita yang masih sedar, yang masih waras..
TEGURlah mereka..sama-samalah kita tegur menegur dan sama-samalah kita mendapat pahala...insya-Allah...;)

Selamat mengganti puasa..!! dan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment