Monday, September 12, 2011

Gooosip!! ish..!

Assalamualaikum w.b.t..

   Selamat pagi semua...hai, waktu pagi macam nie banyak bende yang perlu difikirkan..ha, kenapa? perlulah..otak kita nie macam enjin kereta gak, kene panaskan..jadi, pagi-pagi tue, mulakan hari dengan senyuman dan mulalah memikirkan hal-hal semasa dan masalah-masalah yang ingin kita selesaikan..

Baiklah, untuk hari nie, saya tertarik pulak tibe-tibe dengan isu gosip..ha, memang sebut je gosip yang lelaki tue sure akan mula jeling pada kaum hawa...KENAPA?? ewah, macam kaum adam tak bergosip pulak..ceeet..!
tapi memang da jadi lumrah alam mungkin..kalau gosip, kaum hawalah padanannya..ha..kaaaaan..

Seperti yang semua tahu,
tidak semua gosip yang diujarkan adalah tepat..tak, tidak sama sekali..
namun, dengan jalan penceritaan yang realistik, gaya bahasa yang tepat, lenggook muka yang efektif,
maka, gosip yang tak betul pon boleh jadi betul..haa...
itu namanya FITNAH..!!

Baik-baik saudara seIslamku..
         kenapa? sebab banyak hadis yang melarang kita daripada berfitnah..bukan hadis je, ayat dalam Al-Quran pon ada..ha, da tue..ape lagi? tak perlulah nak cer cite..cer cite..takut nanti menimbulkan fitnah...tak pasal-pasal berdosa da kite hanya kerana mulut..

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat: ayat 6).

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”  
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Ha, cukup tak untuk membuktikan betapa kejinya orang yang menyebarkan fitnah...oleh itu, janganlah menyebarkan fitnah..janganlah buat cerita yang kita rasa sedap didengar dan sedap juga untuk kita jaja..

p/s: agak-agaknya blog-blog yang menceritakan mengenai hidup artis tue dikira fitnah tak??

wasalam saudara seIslamku..


 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment